Loading...

SWEETPASTREEZMY

Business Location

Taman Mas Sepang, Puchong, Selangor




Selamat Datang ke Sweetpastreezmy!
Kami disini ingin membantu anda mencipta kegembiraan !

Waktu Operasi:
Tue - Sun 
11am - 6pm

Untuk mengelakkan kehilangan butiran atau kelewatan, sila baca dengan teliti terma dan syarat kami sebelum Sweeties meneruskan pesanan. Boleh whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan:

Umum

1. Gambar yang tertera bertujuan promosi, warna pada kek yang dipaparkan akan sedikit berbeza dengan yang asal oleh kerana efek cahaya lampu.


2. Semua produk wajib dikonsumsi dalam tempoh 18jam pada suhu bilik atau maksima 7hari sekiranya berada pada suhu peti sejuk. Ini bagi memastikan kesegaran dan kualiti kek terjaga. 



Pesanan

1. Kek SP adalah “preorder”. Sebarang tempahan haruslah dibuat sekurang-kurangnya 3 - 7 hari sebelum tarikh penghantaran/self pickup. Bagi custom cake, tempahan haruslah dibuat sekurang-kurangnya 3minggu sebelum tarikh penghantaran/self pickup.


2. SP berhak untuk memulangkan dan membatalkan pesanan yang dibuat/dibayar jika pesanan preorder cake dibuat kurang daripada 7 hari dari masa penghantaran/self pickup. Melainkan Sweeties telah memberitahu SP terlebih dahulu tentang penghantaran ekspres yang diperlukan.


3. Jika ada sebarang pertukaran/pembatalan, Sweeties dikehendaki memberikan SP sekurang-kurangnya 72 jam notis sebelum masa penghantaran/selfpickup.


4. Semua design produk didalam website adalah seperti yang tertera pada gambar rujukan. Sila hubungi admin SP sebelum membuat tempahan sekiranya inginkan penambahan atau perubahan design.



Pembayaran

1. Pembayaran hanya dibuat selepas mendapatkan "available slot confirmation" dari SP.


2. Pesanan hanya akan diproses setelah menerima bayaran penuh atau 50% deposit bagi CUSTOM CAKE.


3. Pesanan dan bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.



Penghantaran

1. Penghantaran untuk kawasan Selangor akan menggunakan khidmat GRAB. 


2. Penghantaran untuk kawasan Melaka, sila maklumkan kepada SP terlebih dahulu sebelum Sweeties meneruskan pesanan.


3. Jika Sweeties ingin selfpickup, sila maklum bahawa lokasi SP terletak di Bandar Puchong Jaya, Selangor.


4. Jumlah servis penghantaran akan diberitahu pada hari penghantaran.



Sebaik sahaja Sweeties menerima pesanan pengesahan daripada SP, pesanan Sweeties adalah sah dan akan diproses.


Terima kasih kerana mempercayai servis kami!